Thursday, May 4, 2017

Biro Ekonomi & Kebajikan PIBG SMK SBU

Secara rasminya, Biro Ekonomi & Kebajikan PIBG/KSIB SMK Seri Bintang Utara telah ditubuhkan pada hari ini iaitu Ahad, 16hb April 2017, di Majlis Ramah Mesra PIBG & KSIB/PIBK SMK SBU yang telah diadakan di Skylite.

Banner
Dengan kerjasama PIBG SMK SBU, Biro Kokurikulum & Sosial telah berjaya menganjurkan Majlis Ramah Mesra ini. Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk merapatkan hubungan di kalangan ibu bapa dan penjaga murid SMK SBU di samping merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun 2017 untuk membantu pihak sekolah dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan pembangunan sekolah serta keceriaan sekolah. 

Aturcara

Biro Ekonomi & Kebajikan ini diketuai oleh Puan Kunavathiammal A/P Kanagasabai dan merupakan salah satu biro di bawah PIBG & KISB / PIBK. Biro-biro lain adalah Biro Akademik & Sahsiah, Biro Kokurikulum & Sosial, Biro Penyelenggaraan dan Peralatan, Biro 3K & HEM dan Biro AKSB, ICT & Surau. 

Enam (6) Biro KSIB/PIBG SMK SBU
Meja Biro Ekonomi & Kebajikan



Ahli2 Biro Ekonomi & Kebajikan

Semoga Biro Ekonomi & Kebajikan berjaya mengumpul dana dan melaksana program2 kebajikan kepada murid2 SMK SBU yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment